SINGGAH SAHUR 2012 (TV3)

SINGGAH SAHUR (TV3)
EPISOD: 8 episod
HARI: Sabtu & Ahad,
MASA: 12.35tghmlm,
MULAI: 21 Julai
Siaran ulangan Sabtu & Ahad, jam 5.30ptg


‘Dengan Kesederhanaan”, “Dengan Kesyukuran”, “Dengan Keinsafan” dan “Dengan Pujian”




SINOPSIS SINGGAH SAHUR (TV3)
Bersesuaian dengan konsep ”Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima”, program Singgah Sahur meneruskan kesinambungannya dengan mendekati kumpulan atau individu yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan sedikit sumbangan dan seterusnya mengerjakan ibadah sunnah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi barisan personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Nor Azzura Azizul Azman, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada, Teh Syuhada, Noorzahan Rashid, Zakiah Anas, Irin Putri, Nadia Shahrul, Mzul, Za’im Helmy, Hazrena Kassim, Zainal Ariffin, Hazlin Hussain dan Ahmad Noor Sulaiman bakal singgah ke serata Malaysia.