AL-QURAN MENJAWAB BERSAMA DR DANIAL ZAINAL ABIDIN (TV9)


AL-QURAN MENJAWAB BERSAMA DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
HARI: Rabu & Khamis,
MASA: 6.30 petang

SINOPSIS AL-QURAN MENJAWAB BERSAMA DR DANIAL ZAINAL ABIDIN (TV9)
Kelebihan Dr. Danial Zainal Abidin adalah mengaitkan Sains dan juga Al-Quran. Bukti-bukti sains diberikan secara komprehensif, membenarkan kandungan al-Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya. Dalam program yang mengandungi 8 episod ini, Dr. Danial Zainal Abidin akan menceritakan pelbagai aspek berkaitan penciptaan alam, kejadian manusia dan matlamat hidup, dan diolah dengan begitu menarik supaya dapat difahami oleh semua penonton. Beliau yang sememangnya terkenal sebagai seorang penulis dan pakar motivasi mampu membawa penonton kepada bukti kebesaran Allah bahawa kandungan Al-Quran menyentuh segala perkara termasuk ilmu sains. Program menarik ini diterbitkan oleh Fauzana Ainuddin.