BACK TO THE STREETS (ASTRO AFC)

BACK TO THE STREETS (ASTRO AFC)
MULAI: 24 Julai
MASA: 9.00 malam.
HARI: Setiap Selasa



SINOPSIS BACK TO THE STREETS (ASTRO AFC)
Dipetik dari The Star, rancangan terbaru yang dibuat bersama Berjaya University College of Hospitality ini dibintangi Chef Malcolm Goh yang merupakan salah seorang daipada empat orang Chef dari benua Asia yang terpilih untuk muncul dalam rancangan “AFC’s Great Dinners of the World”. Turut sama mengacarai rancangan “Back to the Streets" bersama Goh adalah Tham Zher Pheen, seorang DJ radio dan juga pengacara televisyen.

Bertemakan masakan autentik Malaysia, rancangan yang berlangsung selama 30 minit bagi setiap 12 episod ini memaparkan tempat-tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi penonton. Dalam misi mencari makan, Goh dan Zher akan berinteraksi dengan tukang masak dan pengendali gerai untuk mendapatkan resipe makanan dan juga ramuan rahsia yang digunakan untuk menyedapkan masakan.

Dengan ilham yang didapati dari gerai-gerai tersebut, Goh dan Zher pula akan menyediakan masakan mereka yang tersendiri di dapur universiti. ”

Niat saya bukanlah untuk mengubah keaslian masakan yang kami jumpa. Saya sebenarnya mencari ilham dari mereka yang berbakat di luar sana, dengan merasakan tekstur masakan, jenis rempah yang digunakan, dan kemudiannya bawa idea tersebut ke dapur saya untuk mereka masakan saya yang tersendiri,” jelas Goh.

"Sebagai contoh, saya mencuba nasi lemak di salah sebuah gerai yang saya pergi dan sangat suka dengan sambal yang dihidang. Jadi dengan menggunakan sambal itu, saya boleh sesuaikannya dengan masakan saya yang tersendiri.”

Maria Brown, seorang ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama saluran AFC rancangan “Back to the Streets” bertujuan untuk meneroka makanan di Malaysia, di samping memberikan peluang kepada personaliti tempatan untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

Rancangan bersiri yang terbahagi kepada 12 episod ini ditayangkan di 10 negara Asia pada setiap hari Selasa di Saluran Astro 703.