COCKTAIL





Cocktail
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2012
Genre: Komedi, romantik
Durasi: 2 jam 25 minit
Pengarah: Homi Adajania
Pelakon: Saif Ali Khan, Deepika Padukone, Diana Penty, Randeep Hooda


SINOPSIS COCKTAIL
Filem ini menceritakan peristiwa yang terjadi antara Gautam Khanna (Saif Ali Khan), Veronica D’Costa (Deepika Padukone) dan Meera Gupta (Diana Penty).

Gautam sentiasa mengimpikan untuk bekerja di London, namun ibunya Nita (Dimple Kapadia) sedang mempertimbangkan beberapa orang calon isteri untuk Gautam.

Nita akhirnya berkenan dengan Meera dan merancang untuk menemukan gadis itu dengan anaknya dalam penerbangan yang sama untuk ke London.

Di London, Meera berdepan masalah untuk menyiapkan tugasannya dan terpaksa melepaskan kerjayanya.

Tapi Gautam memujuknya dengan membawanya ke sebuah parti di tepi pantai dan di sana mereka bertemu dengan Veronica.

Selepas beberapa hari tinggal bersama, Gautam jatuh cinta pada Veronica tapi gadis itu sudah mempunyai kekasih bernama Jeremy Viegas (Randeep Hooda).