CRIMINAL MIND MUSIM7 (8TV)

CRIMINAL MIND MUSIM7 (8TV)
Tarikh Siaran: 16 Julai 2012
Hari Siaran: Isnin
Masa Siaran: 10.30 malam
Durasi: 60 minit
Jumlah Episod: 24 episod



SINOPSIS CRIMINAL MIND MUSIM7 (8TV)
peminat-peminat Criminal Minds berpeluang untuk turut serta merasai rutin harian pasukan FBI berprofil tinggi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang sangat mencabar dan terpaksa menggunakan kepakaran mereka untuk membaca fikiran penjenayah sebelum malapetaka lebih buruk berlaku.

Unit Analisa Tingkah Laku berganding bahu menggunakan kepakaran mereka bagi menyelesaikan kes jenayah di samping mengenal pasti masalah dan pencetus emosi seseorang penjenayah dalam usaha menghalang mereka daripada terus melakukan jenayah.

Criminal Minds berbeza daripada siri-siri jenayah lain kerana memberikan lebih fokus kepada penjenayah itu sendiri berbanding jenayah yang mereka lakukan. Diketuai oleh Ejen Khas Hotchner, seorang lelaki berkeluarga yang mempunyai karisma tersendiri, Emily Prentiss yang cukup bijak namun menyimpan banyak rahsia silam, Ejen Khas Dre, seorang pakar dalam jenayah berbentuk obsesi, Ejen Khas Dr. Spencer Reid, seorang genius yang mempunyai tahap IQ iyang cukup tinggi, Jennifer “J.J.” Jareau, ejen yang berkeyakinan tinggi dan bertindak sebagai penghubung kepada media dan Penelope Garcia, seorang pakar komputer yang cukup hebat.

Sementara itu, Ejen Khas Rossi yang bersara awal sebelum ini kembali menawarkan diri untuk bersama-sama dalam pasukan FBI Unit Analisa Tingkah Laku untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.