DEKORASI AIDILFITRI (TV1)


DEKORASI AIDILFITRI (TV1)
EPISOD: 13 episod
MULA TAYANGAN: 6 Ogos 2012,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 12.05 tengah hari
PENGACARA: Farah Diana Anuar.



SINOPSIS DEKORASI AIDILFITRI (TV1)
Kongsikan segmen Dekor Syawal memaparkan panduan tentang cara-cara untuk menghias ruang tamu di kediaman, menyusun atur dan menghias ruang makan, seterusnya berkongsi panduan bagaimana menjadikan ruang laman sebagai ruang alternatif, panduan menghias langsir, cara menghias dinding rumah agar tampil menarik, panduan memilih gubahan bunga yang bersesuaian dengan rumah, pilihan rekabentuk dan corak bantal kusyen sebagai penyeri di ruangan rumah.

Selain itu, panduan pemilihan permaidani, pemilihan warna dan corak dalam menentukan konsep sesebuah kediaman, panduan dan idea pereka dalaman tentang peranan warna dan corak yang mampu mengubah suasana dekorasi rumah, panduan dekorasi lampu, memperkemaskan suasana bilik air tamu agar tampak ceria, nyaman dan menarik, seterusnya perkara-perkara penting yang perlu dielakkan apabila menghias rumah dan sebagainya. Kesemua panduan dan cara-cara menghias kediaman ini akan disiarkan satu persatu pada setiap episod.

Manakala dalam segmen ke-2 pula berkongsi tips-tips Syawal antaranya ialah tips tentang cara-cara mengurus dan menyediakan bajet raya, tips membeli belah semasa jualan murah, tips menjadikan perabot kayu lama kelihatan baru, tips mengadakan Rumah Terbuka di Hari Raya, konsep dan pilihan hadiah yang sesuai untuk diberikan pada bulan mulia, tips menghilangkan bau cat pada dinding yang baru dicat, panduan menjaga permaidani, tips daripada Chef Ismail tentang persediaan menu sihat di Hari Raya dan pelbagai lagi tips-tips berguna yang akan dikongsi bersama.

Segmen yang begitu dinantikan pastinya bersama artis jemputan untuk berkongsi cerita tentang persediaan mereka untuk menyambut Hari Lebaran. Antara artis-artis popular yang diundang di studio termasuklah pasangan suami isteri popular, Norman Hakim/Memey Suhaiza, Fauzi Nawawi/Lisdawati, Que Haidar/Linda Jasmine, Sharifah Shahirah/Ijoy, Ayu Raudhah/Zaquan Adha, Datuk Aziz Satar/Datin Hasimah Delan dan Diana Rafar/Zamarulhisham. Turut memeriahkan program ini Cat Farish, Awie dan ramai lagi artis-artis terkenal tanah air bersama pasangan masing-masing.

Dapatkan panduan, tips dan berkongsi cerita-cerita menarik persiapan artis-artis tempatan menyambut Hari Lebaran dalam Dekorasi Aidilfitri hanya di TV1.