FIQH WANITA (TV3)

FIQH WANITA
HARI: setiap hari Jumaat,
MASA: 1.00 tengahari
EPISOD: 13 Episod
TARIKH: 6 Julai 2012
PENGCARA: Shadiya Abbas
panelis akademik: Prof. Dr. Zaleha Kamarudin (Rektor UIAM Gombak), Ustazah Asmak Husin (Pensyarah UiTM Shah Alam), Ustazah Noraslina Jusin, Ustazah Nourul Iman Niamat, Ustazah Wan Habsah Wan Ahmad dan Ustazah Norhafizah Musa.



SINOPSIS FIQH WANITA (TV3)
Antara kelainan ketara yang dibawakan oleh program bual bicara baru ini adalah setiap topik yang dibahaskan akan disertakan dengan sesi praktikal yang dilaksanakan oleh penonton di studio. Sesi praktikal dan demonstrasi ini pastinya akan memudahkan penonton dalam memahami persoalan yang dibincangkan. Di samping itu, penonton di rumah boleh turut serta melontarkan soalan kepada panelis menerusi laman sosial Facebook Fiqh Wanita.

Antara isu lain yang mendapat perhatian ialah perbincangan menerusi tajuk ‘Darah Wanita’ yang akan dibahas selama tiga minggu berturut bersama Ustazah Asmak Hussin. Menariknya topik ini adalah kerana panelis bakal membawa penonton menyelami mengenai masalah yang sering berlaku kepada setiap muslimah semasa berada di dalam keadaan haid, istihadah dan nifas.

Bagi topik ‘Darah Istihadah’ atau dikenali juga sebagai darah penyakit, penalis akan membahaskan darah istihadah selepas sucinya seorang wanita daripada haid. Penalis juga akan menjawab segala persoalan mengenai wanita mustahadah dari aspek mengangkat wuduk, solat dan mengenai hubungan intim seorang isteri berada dalam keadaan istihadah dengan suaminya.

Seterusnya, menerusi topik ‘Darah Nifas’, penalis akan mengupas isu mengenai darah yang keluar daripada rahim selepas bersalin, darah wiladah, tempoh bersuci untuk muslimah, syarat untuk qadha puasa dan solat serta amalan yang sesuai dilakukan semasa berada dalam keadaan bernifas.

Terdapat pelbagai lagi isu menarik bakal dirungkai menerusi program Fiqh Wanita yang diterajui oleh Penerbit Puan Shadiya Abbas dan Penerbit Eksekutif, Mohd Naim Niamat. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua 13 episod di dalam FIQH WANITA setiap hari Jumaat, jam 1.00 tengahari di TV3