FROM LONDON WITH ALMOND (TV3)

FROM LONDON WITH ALMOND (TV3)
HARI: Raya Pertama
TARIKH: 19 Ogos, Ahad
MASA: 4.00 petang – 6.00 petang
PELAKON: Lisdawati, Miera Liyana, Josiah Hogan, Dato’ Rahim Razali



SINOPSIS FROM LONDON WITH ALMOND (TV3)
Sabariah bertekad untuk tidak berkahwin kerana ingin menjaga ayahnya, Pak Sabar setelah kematian ibunya. Adiknya, Sabrina telah berkahwin dengan orang London dan terus menetap di sana. Selepas kahwin, Sabrina belum pernah pulang untuk beraya. Akhirnya, Sabariah berjaya memujuk Sabrina untuk pulang beraya di kampung bersama suaminya, Amar dan mak mertuanya, Maria.

Sabariah risau apabila mengetahui adiknya masih belum mempunyai zuriat walaupun sudah tiga tahun berkahwin. Sabrina pula memujuk Sabariah supaya menerima cinta untuk kebaikan dirinya. Sebenarnya dalam diam, Sabariah menyintai seseorang tetapi dipendamkan sahaja. Amar pula terkejut apabila Sabrina menyatakan ingin berubat cara kampung untuk mendapat zuriat.

Amar turutkan sahaja permintaan isterinya kerana dia tahu dirinya sebenarnya mandul. Amar takut untuk berterus terang kerana dia bimbang Sabrina akan meninggalkannnya. Rahsia tersebut terus disimpan kerana masing-masing ingin terus kekal bersama. Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan itu mereka sama-sama memanjatkan doa moga dimurahkan rezeki dan ada sinar baru yang akan menerangi kehidupan mereka.