KASIHNYA QASEH (TV1)

KASIHNYA QASEH (TV1)
TARIKH: 25 Ogos 2012,
MASA: 10.30 pagi
PELAKON: Faizal Hussein, Lydiawati, Ruminah Sidek dan Shah Iskandar



SINOPSIS KASIHNYA QASEH (TV1)
Kisah menyayat hati lakonan berkesan pelakon cantik Rozita Che Wan menyusul kemudiannya, drama Kasihnya Qaseh yang menonjolkan sisi lain dalam dirinya dengan membawakan watak ibu tunggal kurang upaya yang hidup bersendirian setelah kematian suami akibat kemalangan. Kehidupannya sentiasa dirundung malang apatahlagi bila anak tunggalnya, Mimi dirampas hak penjagaannya oleh Sheila, adik kandungnya sendiri. Sheila sebenarnya miliki agenda sendiri mahu membolot insurans yang diambil arwah suami Qaseh untuk Mimi yang masih bersekolah.

Mujur masih ada insan yang bersimpati terhadap mereka apabila Cikgu Habsah, guru Mimi masuk campur. Dia menasihatkan Qaseh agar tidak sesuka hati menurunkan tandatangan seperti yang diminta Sheila kerana dengan mudahnya hak mereka bakal dirampas. Namun berjayakah Sheila menjayakan niat jahatnya?