KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS (ASTRO)


KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS (ASTRO)
MULAI: 28 Ogos 2012,
HARI: setiap hari selasa
MASA: 10 malam.



SINOPSIS KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS (ASTRO)

Drama bersiri Kardashian merupaakn sebuah drama yang mengisahkan siri rancangan realiti TV. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan peribadi dan profesional antara Kardashian dan keluarga Jenner. Keluarga Jenner diketuai oleh Kris Jenner dan suaminya Bruce Jenner.

Kini drama bersiri Kardashian telah kembali untuk musim ke tujuh, dimana pada kali ini Kris merasa kecewa apabila mengetahui berita sebenar yang Khloe bukan anak Robert Kardashian, Sr. Berikutan berita yang mengecawakan itu telah menyebabkan Kris dan keluarganya terpaksa membuat kenyataan media.

Untuk musim baru ini, ia turut mengetengahkan elemen keusahawanan yang ditonjolkan oleh adik beradik Kardashian, Kourtney dan Khloe, dimana mereka merancang untuk membuka sebuah butik DASH di kawasan Calabasas. Musim ini turut menceritakan tentang dua orang anak gadis keluarga Janner, Kendall dan Kylie yang telah besar dan tidak lagi bergantung dan mengharapkan pertolongan daripada kakak-kakak mereka. Dua orang gadis ini turut memilki pekerjaannya sendiri di salah sebuah syarikat majalah terbesar.

Musim ketujuh ini lebih dramatik apabila Bruce yang sejak kebelakangan ini gemar bermain golf telah rapat dengan seorang bekas model, Angie Everhart. Pada masa yag sama, Kris turut dikatakan telah terpikat dengan bekas kekasihnya. Adakan perkara ini mendatangkan masalah besar buat pasangan Jenner?

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang bakal berlaku pada Kardashian dan keluarga Jenner, jangan lupa untuk menonton musim terbaru drama bersiri Kardashian di E! saluran Astro 712. Keeping Up with the Kardashians