LOVE COMPULSORY (NTV7)


LOVE COMPULSORY (NTV7)
MULAI: 2 Ogos ini,
HARI: setiap hari Khamis
MASA: 11 malam.
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS LOVE COMPULSORY (NTV7)
Tiffany yang memainkan peranan sebagai Angel, Pengarah Agensi Cari Jodoh Love Compulsory yang kini berusia 29 tahun merupakan pencari jodoh terbaik dan paling terkenal di bandar itu. Angel memang paling dikehendaki oleh para pelanggannya yang percaya bahawa dia mempunyai cara tersendiri yang sememangnya mampu menemukan dua insan dalam percintaan. Malah dia juga tidak pernah kenal erti perkataan gagal dalam kamus hidupnya. Di agensi itu juga Angel menjalankan kelas tutorial serta aktiviti temujanji sepantas 7 minit untuk setiap para pelajarnya.

Antara yang menghadiri kelas Angel ialah Hao Jie (Leslie) dan Gao Zi Man (Jan) yang membawa watak sebagai sepasang pasangan. Hao Jie membesar dalam keluarga ibu tunggal di mana dia mempunyai hubungan anak-beranak yang sangat rapat dan kuat dengan ibunya. Ini menyebabkan beberapa hubungan cintanya sebelum ini menemui kegagalan kerana tidak dapat memenuhi kehendak kekasih dan ibunya secara seimbang. Gao Zi Man pula merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan hampir memiliki segalanya. Di sebalik kesempurnaan Gao Zi Man, dia sebenarnya sukar untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Terdesak dalam hal percintaan Ah Jie dan Zi Man mengambil keputusan untuk menyertai agensi cari jodoh kelolaan Angel.

Da Xiong (Jack) dan Xiao Ling (Karena) juga memainkan watak sebagai sepasang pasangan yang akhirnya bertemu di dalam agensi tu. Da Xiong mempunyai konflik dalaman kerana masalah ketinggiannya. Walaupun memiliki ramai kawan wanita di sekelilingnya namun tiada seorang pun menganggapnya sesuai untuk dijadikan teman lelaki berbanding hanya seorang kawan. Da Xiong juga selalu perasan berjaya memiliki hati gadis idamannya walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Berbeza dengan Xiao Ling yang dibesarkan oleh ibu bapanya yang tegas dan mempunyai pelbagai pantang larang dan peraturan. Malah dia juga sering diingatkan untuk bertemu janji hanya dengan lelaki yang benar-benar bakal dikahwininya. Dia hanya memiliki setahun sahaja lagi sebelum berusia 26 tahun di mana di usia itu Xiao Ling berpendapat merupakan masa yang terbaik untuk dirinya mendirikan rumah tangga. Takdir menemukan Da Xiong dan Xiao Ling di mana persepsi mereka tentang cinta dan perkahwinan bakal berubah.