MERIAHNYA RAYA (TV1)

MERIAHNYA RAYA (TV1)
TARIKH: 19 Ogos 2012,
MASA: 10.00 pagi
PELAKON: Azhan Rani, Ozlynn Waty, Norisz Ismail, Ryzal Jaafar, Sharifah Sakinah, Amyza Aznan dan Arash Mohd.



SINOPSIS MERIAHNYA RAYA (TV1)
Setahun sekali berkumpul bersama sanak saudara nyata mengundang saat menjadi ingatan sepanjang hayat. Namun tidak begitu yang berlaku dalam keluarga adik-beradik kandung, Rasyid dan adiknya Rahman raya tahun itu.

Mereka yang tinggal di bandar memutuskan untuk beraya bersama adik mereka, razi di kampung. Meskipun Rasyid, Rahman dan Razi teruja dapat meluangkan masa bersama namun sebaliknya bagi isteri-isteri dan anak-anak mereka. Masing-masing angkuh dan saling bersaing dengan kesenangan hidup yang dimiliki.

Malah konflik makin memuncak apabila isteri mereka, Farah, Maisara dan Durra saling menuduh apabila barang kemas milik Durra hilang dalam simpanan.