MUAT TAK MUAT (TV3)

MUAT TAK MUAT (TV3)
HARI: Raya Kedua
TARIKH: 20 Ogos, Isnin
MASA: 4.00 petang – 6.00 petang
PELAKON: Izreen Azminda, Fizo Omar, Ika Nabila, Fauziah Nawi, Shafie Naswip



SINOPSIS MUAT TAK MUAT (TV3)
Maisarah cukup terkenal dengan sikap kedekutnya. Bukan sahaja dengan rakan-rakan tetapi dia turut kedekut dengan keluarganya sendiri. Maisarah bekerja di kilang tetapi dalam masa yang sama dia turut melakukan pelbagai perniagaan seperti menjual kain batik, gincu, minyak wangi tiruan, cincin dan gelang.

Walaupun pelanggannya boleh bayar dua kali, tetapi harga yang diletakkan sangat tinggi. Hamid menaruh perasaan terhadap Hamid tetapi Maisarah tidak berminat terhadapnya. Namun, mendengar sahaja Hamid mahu belanja,

Maisarah tidak menolak. Maisarah langsung tidak membelikan baju raya untuk adik dan ibunya malah menempah 8 pasang baju untuk dirinya. Namun baju yang diidamkan tidak seperti yang diharapkan. Pelanggan yang membeli barangan Maisarah meminta dia memulangkan wang kerana barangan yang dijual tidak berkualiti. Adakah akhirnya Maisarah akan berubah?