NASI YONG LEMAK TAUFU (TVi)

NASI YONG LEMAK TAUFU (TVi)
TARIKH: 12 Ogos 2012,
HARI: Ahad
MASA: 12.00 tengahari
PELAKON: Amar Asyaff, Julie Woon, Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong.



SINOPSIS NASI YONG LEMAK TAUFU (TVi)
Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspres dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man, datang menjemput Kaidir, mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis Cina.

Berkisah pada Weni pula, dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong, begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya kerana Weni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu. Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah. Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

Tontoni dua drama menarik penuh menyayat hati ini hanya di TVi (Saluran 180 Astro).