NUR RAMADAN (TV3)

NUR RAMADAN (TV3)
HARI: Raya Kedua
TARIKH: 20 Ogos, Isnin
MASA: 9.30 pagi – 11.30 pagi
PELAKON : Fauzi Nawawi, Fouziah Gous, Adik Balkis, Normah Damanhuri, Maimon Mutalib



SINOPSIS NUR RAMADAN (TV3)
Nur seorang kanak-kanak cilik yang periang, rajin, berdikari dan pandai mengambil hati orang sekelilingnya. Nur telah dibawa tinggal di bandar bersama dengan ibunya, Syakilla (Killa) dan bapa tirinya, Latif setelah kematian neneknya seminggu sebelum puasa.

Namun kehadiran Nur tidak disenangi oleh Latif kerana dia tidak mahu kasih sayangnya berbahagi dengan anak tirinya yang dianggap sebagai orang asing. Sikap dingin yang ditunjukkan Latif mengguris hati Killa yang sedang sarat mengandung tetapi dia serba salah antara anak dan suami.

Nur sangat rapat dengan jiran sebelah rumahnya, Opah Mami. Opah Mami juga menjadi tempat Nur meluahkan perasaannya. Malah Opah Mami sering mengajar Nur membaca zikir Ya Latif (Yang Maha Lembut) dan berdoa supaya ayah tirinya lembut hati. Apakah Latif akan membuka hati untuk menyayangi Nur?