PELITA BULUH TOK WAN (TV3)

PELITA BULUH TOK WAN (TV3)
HARI: Raya Kelapan
TARIKH: 26 Ogos, Ahad
MASA: 5.00 petang – 7.00 petang
PELAKON: Dato’ Ahmad Tarmimi, Vanida Imran, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Siti Saleha, Fadhilah Mansor.



SINOPSIS PELITA BULUH TOK WAN (TV3)

Keakraban Tok Wan dengan anak-anaknya iaitu Azman dan Azimah kekal hingga mereka berkahwin dan masing-masing mempunyai anak. Azman kini tinggal di Kuala Lumpur dan kehidupannya sangat selesa. Azimah kurang berjaya dalam pelajaran malah dia juga seorang yang lurus bendul. Azimah bertemu jodoh dengan bekas anak murid Tok Wan iaitu Razak dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Syakir. Ketika pulang dari pekan Azimah dan Razak terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Sejak itu, Syakir telah dijaga oleh Tok dan Tok Wan ketika usianya tujuh tahun lagi. Hakikatnya, setahun sebelum kematian Azimah lagi hubungan Tok Wan sekeluarga telah berubah. Hal tersebut terjadi ketika Azman terdengar perbualan antara Tok Wan dan Tok mengenai pertukaran nama dan geran rumah ke atas nama Azimah. Azman tidak berpuas hati, kerana dia merasakan haknya sebagai anak sulung telah dinafikan sehingga berlaku perang besar antara, Tok Wan, Tok dan Azimah. Akhirnya, Azman membawa keluarganya pulang ke Kuala Lumpur dan tidak pulang ke kampung lagi.