PREMIUM RUSH



PREMIUM RUSH
TERBITAN: Columbia Pictures
MULAI TAYANGAN: 23 Ogos 2012
PELAKON: Jamie Chung, Dania Ramirez, dan Michael Shannon.


SINOPSIS PREMIUM RUSH
Premium Rush merupakan sebuah filem arahan David Koepp. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Wilee, lakonan Joseph Gordon-Levitt yang bekerja sebagai penghantar surat. Bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas, Wilee telah menggunakan basikal fixie sebagai medium pengangkutan untuk dia menjalankan kerja penghantaran surat setiap hari.

Pada suatu hari, seorang wanita muda dari sebuah kolej di kota Manhattan telah memberikan Wilee satu sampul surat dan dia hanya mempunyai masa 90 minit untuk sampaikan surat tersebut kepada alamat yang terletak di Chinatown. Akan tetapi, telah berlaku satu konflik antara Wilee dan seorang yang menyamar sebagai pegawai polis. Di mana pegawai polis tersebut meminta Wilee untuk menyerahkan sampul surat kepadanya atas alasan urusan peribadi.

Penyamaran polis tersebut akhirnya terbongkar melalui satu siri imbasan anggota polis, dan berlakunya insiden kejar mengejar antara mereka disepanjang jalan Manhattan. Dalam masa yang sama, Wilee turut mengejar masa untuk menyampaikan surat yang diamanahkan olehnya kepada si penerima dengan selamat.