SADAKO 3D




SADAKO 3D
TARIKH TAYANGAN: 30 Ogos 2012
PELAKON: Satomi Ishihara, Koji Seto dan Tsutomu Takahashi.



SINOPSIS SADAKO 3D
"Sadako" mengisahkan Akane, seorang guru sekolah tinggi yang mendengar khabar angin daripada pelajarnya bahawa terdapat video sebenar tentang seseorang yang membunuh diri tersebar di internet. Video tersebut dikatakan mempengaruhi mereka yang melihatnya untuk melakukan perkara yang sama. Akane tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Namun apabila salah seorang pelajar perempuannya mati selepas menonton video tersebut, dia dan teman lelakinya, Takanori terlibat dalam kes seram yang dimulakan oleh lelaki dalam video, Kashiwada. Hasrat Kashiwada adalah untuk menimbulkan kekecohan dengan mengembalikan Sadako dan sumpahannya.