SALMON FISHING IN THE YEMEN



FILEM: Salmon Fishing In The Yemen
ARAHAN: Lasse Hallström
PELAKON: Ewan McGregor, Emily Blunt dan Amr Waked
GENRE: Komedi Romantik
TAYANGAN: 27 Julai 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)



SINOPSIS SALMON FISHING IN THE YEMEN
Mengisahkan Fred Jones (lakonan Ewan McGregor), pakar perikanan Britain yang mendapat permintaan luar biasa daripada wakil perundangan, Harriet Chetwode-Talbot (Emily Blunt).


Harriet sebenarnya wakil kepada seorang syeikh kaya raya (Amr Waked) yang tinggal di Britain dan Yaman dan gemar memancing ikan salmon. Syeikh itu mahu membawa ikan salmon segar dari tasik Britain dan membiakkan spesies itu di sungai Yaman.


Sebab utama plot agak lembap ialah penceritaan dari satu impian ke impian seterusnya terlalu panjang. Contohnya, bolehkah ikan dari wilayah sejuk hidup di rantau Asia Barat yang panas. Malah, kenapa pula orang Yaman berminat memancing ikan itu?

Secara jujurnya, Salmon Fishing in The Yemen sarat dengan subteks dan metafora tersendiri tapi sangat jelas. Penulis ibaratkan menonton filem ini sama seperti aktiviti memancing, bila mendapat tangkapan kecil kita rasa sedikit kecewa tapi sebaik saja tangkapan besar, ia pengalaman luar biasa!