STEP UP - REVOLUTION



STEP UP - REVOLUTION
Klasifikasi: P13
Genre: Muzikal / Tarian
Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2012
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pengarah: Scott Speer
Pelakon: Kathryn McCormick, Ryan Guzman, Adam G. Sevani, Alyson Stoner



SINOPSIS STEP UP - REVOLUTION
Filem keempat "Step Up" yang telah menjadi hit di seluruh dunia kini membawa tarian yang berlatar belakangkan suasana meriah Miami! Emily, seorang anak ahli perniagaan yang kaya, tiba di Miami dengan impian untuk menjadi seorang penari profesional, tetapi tidak lama kemudian jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian dalam sebuah kumpulan 'flash mob'.

Kumpulan yang digelar sebagai MOB sedang berusaha untuk memenangi pertandingan bagi bagi mendapatkan peluang penajaan besar, namun bapa Emily mengancam untuk memajukan kawasan perumahan MOB dan menyingkirkan beribu-ribu orang dari kawasan perumahan tersebut.

Emily harus bersatu dengan Sean dan MOB untuk menghidupkan persembahan mob mereka sebagai bentuk bantahan, dan pada masa yang sama terpaksa mengorbankan impian mereka untuk berjuang bagi tujuan yang lebih besar.