TUTI POLKA DOT (TV1)

TUTI POLKA DOT (TV1)
TARIKH: 20 Ogos 2012,
MASA: 10.30 pagi
PELAKON: Dotty, Jihan Raja Lawak, Hafiz Napsiah, Tai, Fizi Pilih Kasih, Siti Chubby, Liza Abdullah, Hamdan Senario, Atie AF, Azrul Raja Lawak dan Ramasundram



SINOPSIS TUTI POLKA DOT (TV1)
drama komedi Tuti Polka Dot yang mengisahkan bila mana seorang gadis dikenali sebagai Tuti yang terlalu obses dengan corak polka dot. Dia suka membuat biskut dan kuih polka dot. Kegemarannya terhadap corak polka dot datang dari ibunya yang juga minat sebarang benda bercorak polka dot.

Hampir kesemua benda seperti biskut, kuih, pakaian yang Tuti pakai bercorak polka dot. Kuih dan biskut itu akan dijual pada orang kampung. Satu kampung sudah tahu akan biskut dan kuih Tuti yang masin dan tidak sedap. Dia selalu berusaha untuk mencipta resepi baru tetapi selalu tidak menjadi.

Dengan bantuan rakan- rakannya, dia mendapat tahu tentang rahsia Resepi Mak Jemah. Hasil kerjasama dengan rakannya dia akhirnya berjaya sebagai seorang usahanita dalam bidang pembuatan kek dan biskut polka dot