BEFORE SUNSET SAY I LOVE U (TV2)

BEFORE SUNSET SAY I LOVE U
TARIKH: 4 September
EPISOD: 25 episod
HARI:setiap Isnin hingga Jumaat,
MASA: 6.00 petang
PELAKON: Blue Lan Zheng Long, Vivian Hsu Ruo Xuan, Cao Ying dan Ting Ting.



SINOPSIS BEFORE SUNSET SAY I LOVE U (TV2)
Ia mengimbas kembali watak Zheng, seorang hartawan Filipina yang jatuh cinta dengan wanita biasa dan dia menerima tentangan hebat daripada keluarganya yang mahukan dia mengahwini wanita yang setaraf dengan keluarganya.

Berkat ikatan cinta yang kukuh antara keduanya, Zheng nekad menjadikan wanita itu isterinya. Dugaan datang apabila wanita itu disahkan mengidap penyakit yang kronik dan tidak mampu lagi diubati. Bersama hati yang lara dan anak yang sarat dalam kandungan, wanita itu membawa diri dan memulakan kehidupan baru bersama anak perempuan mereka yang comel diberi nama Ke Yun. Sementara itu Zheng pula meyakini bahawa dirinya ditingalkan kerana isterinya itu sudah berubah hati dan tidak mengetahui wanita itu mengandungkan anak mereka.

Masa berlalu, Ke Yun membesar menjadi gadis yang cantik dan setelah ibunya meninggal dunia, Ke Yun yang membesar di Filipina tergerak hati mencari bapa kandungnya. Dia nekad berhijrah ke China untuk merealisasikan hasratnya itu.

Sementara itu di Wilayah Sheng Zhen, Si Yu yang datang berasal daripada keluarga yang mewah menjadi idaman setiap gadis. Meskipun dan teman wanitanya, Tiffany dianggap sebagai pasangan yang sepadan, namun Si Yu tidak mampu merasainya. Atas saranan teman wanitanya supaya dia melapangkan fikiran, Si Yu kemudiannya tiba di Hainan untuk bercuti. Dia mahu melupakan segala kekusutan yang bersarang di hatinya dan begitu juga masa depan dengan kekasihnya.

Tanpa diduga di Hainan dia secara tidak sengaja bertemu dengan Ke Yun. Namun segalanya tidak bermula dengan cara baik kerana secara terang-terangan Ke Yun telah memarahi Si Yu yang mencampakkan botol ke dalam laut. Baginya tindakan Si Yu boleh mencemarkan alam sekitar. Si Yu yang sememangnya sedang marah kerana bagasinya telah dicuri bertindak melompat ke dalam laut. Malangnya dia hampir lemas dan mujur ada Ke Yun yang menyelamatkannya. Sejak itu mereka mula menjalinkan hubungan sebagai sahabat. Malah keluarga Si Yu menawarkan pekerjaan kepada Ke Yun.

Konflik bermula apabila Si Yu bertemu seorang kaki perempuan bernama Xu Yi Fan yang mahu mengambil kesempatan terhadap Ke Yun. Dia mahu menggunakan Ke Yun untuk kesenangan dirinya sendiri. Ketika itu Si Yu yang sememangnya mula menyimpan perasaan terhadap Ke Yun bertegas dengan Yi Fan bahawa dia menyintai Ke Yun. Yi Fan naik marah dan mereka bergaduh besar.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Ke Yun mencapai hasrat mencari bapa kandungnya? Bagaimana pula pengakhiran cinta tiga segi itu dan siapakah jejaka bertuah di pilih oleh Ke Yun? Kongsikan kesudahannya hanya di TV2.