KEY OF LIFE

KEY OF LIFE
TAYANGAN: 15 September 2012



SINOPSIS KEY OF LIFE

"Key Of Life" mengisahkan seorang pemuda bernama Sakurai (Masato Sakai) yang menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pelakon. Kecewa dengan hidup, Sakurai nekad untuk membunuh diri.

Namun sebelum membunuh diri, dia telah pergi ke tempat mandian awam di mana dia ternampak seorang lelaki bernama Kondo (Teruyuki Kagawa) jatuh pengsan dan hilang ingatan. Secara spontan, Sakurai menukar kunci loker dan juga identitinya dengan Kondo, tetapi terjerumus ke dalam masalah dengan pihak yakuza tidak lama selepas itu.