MY BOYFRIEND IS TYPE B (TV9)



MY BOYFRIEND IS TYPE B (TV9)

TARIKH: 2 September 2012
HARI: Ahad,
MASA: 10 malam



SINOPSIS MY BOYFRIEND IS TYPE B (TV9)
Kisah bermula dengan Young-Bin (lakonan Lee Dong-Geon), lelaki kacak tetapi mempunyai perangai menjelekkan. Wajahnya yang kacak membuatkan ramai gadis tergila-gilakannya, tetapi Young-Bin akan memutuskan hubungan dengan mana-mana wanita bila-bila saja mengikut kehendaknya.

Berlainan pula dengan Han-Mi (lakonan Han Ji-Hye), penuntut universiti yang percayakan takdir dalam mencari pasangan hidup. Han-Mi adalah gadis lemah lembut dan cantik.

Satu hari, dia ingin menghantar khidmat pesanan ringkas kepada sahabatnya untuk bertanya khabar. Tanpa disangka, Han-Mi terhantar pesanan kepada telefon bimbit Young-Bin yang tidak dikenalinya.

Mereka tidak mengenali antara satu sama lain hinggalah bertembung di stesen bas. Adakah pertemuan tidak disengajakan itu bakal membibitkan rasa cinta mereka berdua?