TANDA PUTERA

TANDA PUTERA
GERNE: Sejarah dokumentari
MULA TAYANGAN : 29 OGOS 2013
PELAKON: Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).



SINOPSIS TANDA PUTERA
Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga.

Mereka memiliki aura yang kuat. Ketegasan dan keazaman mereka memenangi hati dan menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara, anak muda Zaman serta rakan-rakan mereka.
Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.

Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis tertinggi Negara.

Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.

Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam. Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das. IGP baru, Hanif, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.

Polisi Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Razak menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Razak cuba melawan penyakitnya, didorong keinginan untuk pulang ke Tanah Air, walau pun doktor tidak membenarkannya. Namun perjuangan Razak berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.