THE RELATION OF FACE MIND AND LOVE (TV9)




THE RELATION OF FACE MIND AND LOVE (TV9)
TARIKH: 30 September 2012
HARI: Ahad,
MASA: 10 malam



SINOPSIS THE RELATION OF FACE MIND AND LOVE (TV9)
Jika anda mahukan cerita lucu, The Relation of Face, Mind and Love lakonan Kan Ji-Hwan, Li Ji-A dan Huang Jun-Eum pasti mengundang tawa dan membuatkan anda berangan seketika.


Akibat kemalangan, Tae Pung Kang mengalami masalah penglihatan dan fikiran. Selama beberapa hari Tae Pung menjalani hidup berbeza kerana apa dilihatnya berbeza dengan keadaan sebenar. Jika seseorang itu cantik, pada pandangan Tae Pung orang itu kelihatan hodoh. Dan di saat itulah dia bertemu So Jung Wang yang memiliki rupa paras hodoh tapi pada mata Tae Pung, kecantikan So Jung bagaikan bidadari.


Tae Pung merasakan So Jung ialah wanita yang selama ini dinantikan untuk menggantikan tempat kekasihnya yang meninggal dunia.


Adakah Tae Pung dapat menerima kekurangan So Jung setelah dia kembali pulih? Sama-sama kita saksikan kesudahan kisah cinta mereka pada 30 September ini, hanya di Saranghae, TV9!