USTAZAH DARI UK (TV1)



USTAZAH DARI UK
SLOT: Nurani
TARIKH: 28 September 2012,
MASA: 10.30 pagi
PELAKON: Nisha Dirr, Arash Muhammad, Liza Abdullah, Didie AF dan Arin Raja Lawak.



SINOPSIS USTAZAH DARI UK
Sinopsis Drama Ustazah Dari UK. Kisah bermula apabila Mariah kecewa selepas permohonannya untuk ke Universiti Al Azhar gagal lalu dia meneruskan juga pengajian didalam “Ilmu Sirah” di salah sebuah Universiti di United Kindom. Pengajiannya pula ditukar tanpa pengetahuan keluargaanya yang pada asal mahukannya meneruskan dalam bidang perniagaan. Niat Mariah adalah untuk mengubah tabiat dan sikap keluarganya yang terlalu jahil pada pendangan mata kasarnya. Pada fikirannya hanya berbekalkan ilmu agama adalah senjata untuknya mengubah sikap jahil keluarganya sehinggakan dia terlalu taksub.

3 tahun kemudian, kepulangan Mariah disambut meriah keluarganya dengan mengadakan parti sosial yang sememangnya bertentangan dengan agama. Keluarganya terkejut melihat perubahan diri Mariah yang kini bertudung. Pada mulanya kedua Ibu dan bapa Mariah bersyukur pada perubahan Mariah, tetapi seorang adik lelakinya dan seorang adik perempuannya tidak begitu menyenangi imej kakak mereka sekarang yang terlalu mengongkong kegiatan sosial mereka. Tidak lama kemudian kedua ibu dan bapanya juga merasa tercabar sebagai orang tua, dimana Mariah seolah-olah seperti mengajar mereka pula. Mariah juga seperti terlalu taksub dan bermegah-megah dengan perubahannya.

Kini Mariah diterima menjadi seorang guru sandaran dimana kebanyakkan para pelajarnya terdiri daripada golongan-golongan anak elit dan mengamalkan cara hidup urban. Mariah tidak menjadi guru tetap sebaliknya dia menjadi guru sandaran kerana merasakan dirinya penuh ilmu di dada. Dari hari kehari Mariah, berjaya memperluaskan pengaruhnya di sekolah walaupun ada beberapa puak yang menentangnya. Mariah yang lembut berbicara dan pandai berkata-kata dan berhujah membuatkan seorang lelaki berbangsa asing terpikat kepadanya. John, yang mula tertarik dengan Agama Islam mula memperlajari agama Islam. John adalah juga seorang guru di sekolah yang sama. Mariah berbangga kerana segala usahanya selama ini berjaya untuk berjihat mengembangkan ilmu yang telah dipelajarinya. John menaruh hati kepada Mariah tetapi Mariah tidak mengetahuinya.

Walaupun John menyukai caranya, tetapi para guru yang lain dan murid-murid tak menyukainya kerana cara pengajarannya tentang agama seperti memaksa dan menakutkan mereka pula. Pengajaran Mariah seperti tak relevan dengan zaman moden, cara pengajarannya seperti ketinggalan zaman.

Keadaan di rumah semakin hari semakin dikongkong oleh Mariah termasuk kegiatan harian adik lelakinya, Mazlan yang seharian leka menonton TV dan bermain video games. Begitu juga dengan adik perempuannya, Mazni, pelajar bidang rekaan fesyen sering diceramah oleh Mariah. Mazni pada mulanya akur dengan kehendak Mariah sehingga dia mereka fashion bertudung dan dia sendiri juga bertudung, tetapi kesabarannya diuji apabila teman lelakinya, Helmi tidak menggemari imej terbarunya. Dia berada dalam dilema untuk mengikut kehendak teman lelakinya atau kakaknya.

Tindakan Mariah membuatkan orang di sekeliling termasuk keluarganya kurang menyenanginya. Ibunya, Datin Maimon seringkali dipersendakan teman-temannya dan menyatakan Mariah kini telah tersesat dari landasan Islam yang sebenarnya. Mereka hairan seorang Ustazah dilahirkan di United Kindom (UK) dan bukannya di Mesir.

Dato’ Razali yang kebetulan bertugas di sebuah pendalaman kampong bagi merasmikan satu projek pembangunan Desa, berkenalan dengan seorang lelaki bernama Naim, Naim seorang yang berpendidikan Agama pondok dan berjaya melanjutkan pendidiknya di Universiti tempatan, tetapi Naim lebih berminat untuk kembali mengajar di sekolah kampung yang berjaya membuatkannya sampai ke menara gading. Naim adalah seorang ustaz sekolah kampung yang berfikiran terbuka dan dapat menerima arus kemodenan.

Dalam diam Dato’ Razali berniat mahu menjodohkan Naim dengan Mariah dan berharap anak muda itu dapat mengubah tingkah anaknya yang angkuh dengan ilmu dimilikinya. Impiannya itu menjadi nyata bila suatu hari, sekolah Naim dan sekolah Mariah dijemput untuk menyertai kem bina semangat untuk para pelajar masing-masing. Dari sinilah Mariah dan Naim bertemu.

Mereka berdua pada mulanya tidak sebulu, ada sahaja yang nak diperdebatkan. Mariah yang merasakan dia cukup hebat, maklumlah berkelulusan universiti luar negara merasakan dia sudah cukup hebat. Pelbagai isu mereka perdebatkan, terutamanya kaedah pengajaran Mariah yang terlalu memaksa anak-anak muridnya, berbeza dengan pendekatan Naim yang lebih berlembut tetapi tegas. Perdebatan mereka berterusan sehinggalah Mariah termalu bila isu kemodenan di kaitkan, tambahan pula anak-anak muridnya menyebelahi Naim.

Lama-kelamaan Mariah mula merasakan sesuatu didalam dirinya masih ada kekurangan, kerana dia nak mengajar orang tetapi keluarganya sendiri dia tak mampu nak mengubah, akhirnya dia mula tertarik kepada Naim yang terlalu sabar dan menjadi pendengar yang baik, walaupun mereka sering berdebat mengenai Ajaran Islam. Walaupun Naim asalnya dari kampung dan berkelulusan dari Universiti tempatan, dia masih dapat menerima kemodenan berbanding Mariah yang hidup dalam serba moden tetapi ingin menjalani kehidupan seperti di zaman Nabi Muhammad. Hujah mengenai kemodenan inilah yang membuka mata Mariah untuk kembali kelandasan yang betul.

Semakin hari semakin Mariah menyayangi Naim tetapi John pula yang kini telah menganut Islam membuatkan Mariah keliru memilih yang mana satu. Naim mengatakan yang John perlu bimbingan daripada Mariah. Mazni, mempunyai masalah dalam pelajarannya, dia tertekan mengenai kehendak kakaknya dan kehendak teman lelakinya Helmi. Masalah tekanan mental Mazni dipulihkan oleh Naim. Mazni akhirnya menjadi kekasih kepada Naim dan bertunang dengan Naim. Mampukah mereka menerima jodoh yang telah ditakdirkan untuk mereka?