HOUSE AT THE END OF THE STREET

HOUSE AT THE END OF THE STREET
PELAKON: Elisabeth Shue, Jennifer Lawrence, Max Thieriot, Gil Bellows, Eva Link, Allie MacDonald, Nolan Gerard Funk dan James Thomas.
MULAI: 4 Oktober 2012.



SINOPSIS HOUSE AT THE END OF THE STREET

Sarah (Elisabeth Shue) yang baru sahaja bercerai bersama-sama anak perempuannya, Elissa (Jennifer Lawrence) berusaha untuk memulakan kehidupan baru dengan berpindah ke kawasan luar bandar.

Selepas beberapa perkara pelik berlaku, Sarah dan Elissa menyedari bahawa rumah bersebelahan mereka pernah didiami oleh sebuah keluarga dimana anak perempuan telah membunuh ibu bapa mereka dan melarikan diri. Satu-satunya ahli keluarga yang selamat adalah seorang anak lelaki bernama Ryan (Max Thieriot).

Elissa mula mengenali Ryan dan menjalinkan hubungan walaupun dibantah ibunya. Semenjak itu, mereka terlibat dalam satu misteri yang lebih berbahaya daripada apa yang disangkakan.