JANGAN BUAT LAGI (TVi)

JANGAN BUAT LAGI (TVi)
MULAI:1 Oktober 2012,
HARI: setiap Isnin,
MASA: 9.00 malam



SINOPSIS JANGAN BUAT LAGI (TVi)

mengupas isu gejala sosial di kalangan remaja yang semakin berleluasa sekarang. Pelbagai kes akan diketengahkan menerusi teknik lakonan semula seperti isu samseng jalan raya, gejala buli, penyalahgunaan dadah, pecah rumah, ragut, buang bayi dan lain-lain.

Kes akan dikupas secara lebih mendalam lagi dari sudut agama oleh Imam Muda Hassan Adli dengan gaya penyampaian yang mudah difahami semua. Kemudiannya Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula akan menganalisis setiap kes jenayah tersebut. Ia dilihat dari segi hukuman dan denda jika disabitkan kesalahan kepada pesalah terlibat yang pastinya dapat memberikan pengajaran dan tidak diulangi oleh sesiapa sahaja.