JUBAH PUTIH KAIN KAPAN (TV3)



JUBAH PUTIH KAIN KAPAN
HARI: Khamis,
TARIKH: 25 Oktober 2012,
MASA: 10.00 malam
PELAKON:: Fezrul Khan, Sariyanti, Anzalna, Adik Rykal, Hisham Ahmad Tajuddin



SINOPSIS JUBAH PUTIH KAIN KAPAN (TV3)
Amir tidak pernah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat malah dia bukannya seorang pemuda yang terlalu leka bersosial. Namun, dia tidak pernah bersembahyang walau hakikatnya dia mendapat pendidikan agama yang cukup sempurna.

Setelah Amir disahkan menghidap penyakit kronik, Amir mahu meninggalkan kesibukan kota dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang dia tertarik dengan kanak-kanak melintas memakai jubah putih dan tergerak mahu mengikut mereka.

Amir menghabiskan masa di sekolah pondok tempat kanak-kanak tersebut bernaung namun cahaya keinsafan masih belum memancarkan sinar di dalam hatinya. Apakah yang terjadi seterusnya?