OJAKGYO FAMILY (TV2)


OJAKGYO FAMILY (TV2)
MULAI
SLOT: Kristal di TV2.
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 5.00 petang.
PELAKON: Kim Yong-Rim, Baek Il-Seob, Kim Ja-Ok, Jeong Woong-In, Ryu Su-Young, Joo Won, Yeon Woo-Jin, Lee Young-Ha dan Jo Mi-Lyeong



SINOPSIS OJAKGYO FAMILY (TV2)
Ojakgyo Family berkongsi kisah sebuah keluarga dari ladang Ojakgyo di Korea Selatan. Keluarga besar Ojakyo terdiri daripada seorang nenek, sepasang suami isteri dan empat orang anak mereka yang telah pun dewasa.

Hwang Chang Sik merupakan ketua keluarga juga seorang bapa yang bertanggungjawab menguruskan ladang Ojakyo. Ibunya Kim Yong Rim dan isterinya, Kim Ja Ok adalah wanita yang penyayang dalam keluarga. Mereka dikurniakan empat orang lelaki yang berbeza usia dan miliki sikap yang berbeza.


Anak sulong mereka, Tae Sik bekerja sebagai ahli terapi fizikal manakal Tae Bum pula bekerja sebagai wartawan penyiaran. Anak bujang mereka yang ketiga bernama Tae Hee berstatus seorang detektif dan anak yang bongsu, Tae Pil sedang mencari pekerjaan yang dirasakan sesuai dengan jiwanya.

Mereka sekeluarga menjalani kehidupan yang amat sempurna sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan harmonis. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, mereka dikejutkan dengan kemunculan lelaki bernama Baek In Ho.

Kehadiran Hwang membongkar rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Hwang daripada seluruh ahli keluarganya. Kira-kira 10 tahun yang lalu, Hwang pernah menyewa ladang Ojakgyo dari Baek In Ho dan menukar kembali namanya pada surat perjanjian harta agar dia boleh mengelak dari membayar hutang.

Ahli keluarga yang lain tidak mengetahui tentang perjanjian itu dan menyangka bahawa ladang tersebut milik mereka sekeluarga.Apakah nasib keluarga Hwang setelah mengalami konflik yang berlaku? Mampukah Hwang menyelamatkan keadaan dan masa depan keluarganya?

Kongsikan babak-babak menarik ikatan kekeluargaan yang berdepan cabaran ini hanya di TV2.