SALJI UNTUK MABEL (TV1)

SALJI UNTUK MABEL (TV1)TARIKH: 25 Disember 2012,
MASA: 3.05 petang
PELAKON: Ixora Chern, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna.




SINOPSIS SALJI UNTUK MABEL

Salji Untuk Mabel mengisahkan Mabel yang cacat dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa (Janet Khoo) serta Mark (Kenji Sawahi) dengan abangnya Miller (Mike Ho).


Keluarga berkenaan tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu-satu keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung itu, tetapi masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan.

Mabel mempunyai rakan karib seusianya yang tinggal sekampung dengannya iaitu Yuen (Eva Emmanyna) dan Yuen menjadi peneman setia untuk menemani ke mana saja mereka pergi.

Bagi memberi perangsang supaya dia dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara.

Buat pertama kalinya sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu bersama Yuen dan menyebabkan kedua-dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan itu.

Di atas dasar persahabatan, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Pada pagi Krismas itu, dia dibawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Kejutan itu juga rupa-rupanya kepulangan abangnya Miller yang sebelum itu memberitahu tidak dapat pulang bercuti kerana tuntutan kerja