STOLEN





STOLEN
MULA TAYANGAN: 11 October 2012
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Chinese
GENRE: Action
DURASI: 1 Hour 36 Minutes
PENGARAH: Simon West
PELAKON: Nicolas Cage, Malin Akerman, Mark Valley, Sami Gayle, Tanc Sade dan Josh Lucas.



SINOPSIS STOLEN

Stolen mengisahkan perjalanan seorang lelaki, Will Montgomery (Cage) yang begitu licik dalam merompak dengan profil jenayah yang tinggi dan dikenali. Namun kepakarannya tidak kekal apabila dia ditangkap selepas berjaya melarikan AS$10 juta hasil rompakan terakhirnya.

Montgomery dipenjara selama lapan tahun namun kawan yang turut sama merompak ketika itu, Vincent (Josh Lucas) terlepas dan dipercayai mati. Sebaik dibebaskan, Montgomery berhasrat ingin mengubah haluan hidupnya dan mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan anak gadisnya, Alison Loeb (Sami Gayle).

Namun sayang, niatnya untuk berubah tidak kesampaian apabila anak gadisnya itu diculik oleh teman jenayahnya dulu, Vincent yang menganggap wang AS$10 juta itu masih berada di dalam genggamannya.

Vincent menculik Alison dan memberikan tempoh untuk Montgomery menyerahkan semula wang rompakan mereka lapan tahun dulu jika mahu Alison selamat.

Montgomery berdepan kemelut diri dan bertaruh dengan prinsipnya yang ingin berubah namun tidak mahu anak gadisnya itu dalam keadaan berbahaya. Tanpa berfikir panjang dan demi menyelamatkan anaknya, Montgomery terpaksa merompak bank semula semata-mata ingin mendapatkan semula AS$10 juta kerana wang rompakan mereka dulu sudah lama dirampas pihak berkuasa.