TAI CHI 0

 

TAI CHI 0
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Drama / Seni Mempertahankan Diri
Tarikh Tayangan: 27 September 2012
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Stephen Fung Tak Lun
Pelakon: Yuan Xiaochao, Angelababy, Tony Leung Ka-fai, Eddie Peng, Feng Shaofeng, Shu Qi



SINOPSIS TAI CHI 0

Filem blockbuster Cina yang mengenai seni mempertahankan diri ini diarahkan oleh Stephen Fung. Ianya mengisahkan zaman awal guru Tai Chi bernama Yang Luchan, iaitu lelaki pertama yang menjumpai seni yang bermula dari abad ke-19 yang kini menjadi gaya Tai Chi yang terkenal di dunia.

Dalam filem trilogy "Tai Chi" yang pertama ini, seorang pemuda berbakat yang mempunyai ketumbuhan di dahinya merantau jauh untuk mempelajari Tai Chi tetapi mendapat tahu bahawa orang kampung tidak dibenarkan mengajar orang luar akan seni tersebut apabila mereka semua seringkali mencabar dirinya untuk berlawan, yang mana pemuda itu sering kalah dengan teruk.

Apabila sekumpulan askar yang digeruni muncul bersama mesin aneh, orang kampung mula menyedari bahawa demi menyelamatkan diri mereka, mereka perlu memperturunkan seni Tai Chi ke atas orang luar itu.