CINTA HALAL (DOWNLOAD)


CINTA HALAL (TV3)
SLOT: Telemovie Istimewa Awal Muharam
TARIKH: 15 November 2012
HARI:Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON: Nur Fathia, Fahrin Ahmad, Hanez Suraya, Lydiawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.




DOWNLOAD CINTA HALAL
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


TENGOK FULL MOVIE ONLINE - CINTA HALAL



SINOPSIS CINTA HALAL (TV3)
CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja.

Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab. Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah.

Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?