CINTA SAIDAH (TV2)

CINTA SAI'DAH (TV2)
MASA: 1.30 Petang
HARI: Khamis
TARIKH: 15 Novembewr 2012
PELAKON: Shaarnaz Ahmad, Corrine Adrienne, Linda Hashim, Alex Yanz, Ezany Nizarif, Pekin Ibrahim, Bikay Nair dan Norisz Ismail







SINOPSIS CINTA SAIDAH (TV2)
kisah pergolakan dalam diri Joanne yang mencari dirinya sebenar setelah berdepan konflik dengan suaminya. Dia menuntut cerai meskipun tidak dipersetujui oleh bekas suaminya, Gerald Chia yang kemudiannya tidak henti-henti mengganggu kehidupan Joanne.

Bagi Joanne pula pertemuannya dengan Iskandar umpama satu rahmat. Apatahlagi kerana angkara ditimbulkan bekas suaminya, Iskandar mengambil Joanne yang dikenali sebagai Sai’dah menjadi isterinya yang sah.

Namun kebahagiaan mereka dirampas oleh hinaan orang kampung yeng menyelar tindakan Iskandar berkahwin dengan mualaf. Malah mereka menfitnah anak dikandung oleh Sai’dah anak haram. Mujur ketika itu ada Jasmin, adik iparnya yang terus-terusan membela nasib Sai’dah. Meskipun diceraikan oleh suaminya, Uthman kerana menyebelahi Sai’dah, namun Jasmin tekad dengan pegangannya bahawa seorang mualaf itu perlu dibimbing sepenuhnya.