JAB TAK HAI JAAN



JAB TAK HAI JAAN
MULA TAYANGAN: 15 November 2012
DURASI: 2 jam 15 minit
GENRE : Drama, Romantik
PENGARAH: Yash Chopra
PELAKON: Shah Rukh Khan, Katrina Kaif dan Anushka Sharma




SINOPSIS JAB TAK HAI JAAN
Filem Jab Tak Hai Jaan merupakan kisah cinta tiga segi antara Samar (Shah Rukh Khan), Meera (Katrina Kaif) dan Akira (Anushka Sharma). Samar merupakan seorang yang panas baran, pendendam dan sarat pelbagai emosi.
 
Samar memainkan dua kitaran hidup iaitu sebagai seorang jejaka lewat 20-an yang bekerja sebagai pemuzik manakala wataknya yang satu lagi iaitu sebagai tentera di Kashmir yang memiliki sifat pendiam dan garang.

Meera ialah seorang wanita penggoda dan memiliki rupa paras yang jelita. Pertemuannya dengan Samar mengambil latar kota London. Sementara itu, Akira yang berusia 21 tahun bekerja di Discovery Channel dan bertanggungjawab mengumpulkan dokumentari terbaik mengenai peperangan. Mereka berdua akhirnya bertemu di perbatasan.