MAHARKU UNTUKMU (TV3)

MAHARKU UNTUKMU (TV3)
TARIKH: 4 November 2012,
MASA:9.00malam
PELAKON: Nabila Huda, Ady Putra, Norish Karman, Rahim Jalani, Iqram Dinzly.



SINOPSIS MAHARKU UNTUKMU (TV3)

“Maharku Untukmu” mengisahkan tentang gadis bernama Tengku Aishah di mana ibu bapanya hanya mementingkan darjat semata-mata. Bapa Aishah iaitu Tengku Hamid menyedari sukar untuk menemui lelaki sebaik dan sealim seperti Putera pada zaman ini.

Dia melantik Putera sebagai pemandu untuk keluarganya. Pada hari pertama Putera memulakan kerja, Tengku Aishah langsung tidak memandang terhadap Putera. Sebelum itu, Tengku Aishah telah bertunang dengan Tengku Ariff seperti diaturkan oleh ibunya, Tengku Puan Marina.

Tengku Aishah disahkan mengandung dan lebih menyulitkan keadaan, Tengku Ariff meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Tengku Puan Marina mahu Tengku Aishah menggugurkan kandungannya tetapi dibantah oleh Tengku Hamid yang bercadang untuk menjodohkan Tengku Aishah dengan Putera. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?