MERLIN MUSIM 5 (TV3)



  















MERLIN MUSIM 5 (TV3)
HARI: setiap Isnin,
MASA: 10 malam
MULAI: 19 November 2012

MERLIN MUSIM 3 = KLIK
MERLIN MUSIM 4 = KLIK



SINOPSIS MERLIN MUSIM 5 (TV3)
Kali ini, ia mengisahkan keadaan Camelot selepas tiga tahun, Camelot berada dalam zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Raja Arthur yang baru mewarisi takhta selama empat tahun. Arthur sudah semakin matang dan menjalankan tugasnya sebagai seorang raja berwibawa di sisi Pemaisuri Guinevere, barisan satria yang setia dan juga Merlin yang juga kawan karibnya.

Morgana, nama ditakuti rakyat Cemelot sudah tidak kedengaran selama tiga tahun. Namun, ia tidak bermaksud Raja Arthur boleh menarik nafas lega kerana kejadian misteri mula berlaku di sempadan utara. Semua satria ditugaskan ke sana telah hilang. Justeru, Arthur berangkat ke sana untuk menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

Bersama Merlin dan rakan-rakan seperjuangannya (knights of the round table), Arthur menuju ke destinasi yang penuh cabaran dan tipu muslihat. Kuasa Morgana semakin kuat dan bijak mengaturkan rancangannya untuk menghancurkan Arthur dan Merlin. Kemunculan Modred, seorang ahli sihir muda yang kesetiaannya tidak diketahui sama ada kepada Arthur ataupun Morgana mampu membawa maut kepada Arthur.

Apabila Arthur bertemu seorang yang tidak dikenali dan diberikan kuasa untuk menyeru semula si mati, dia tidak dapat mengatasi godaan itu untuk menggunakan kuasa berkenaan. Arthur teringin untuk menyeru semula Raja Uther, ayahandanya yang amat dirinduinya. Namun, dunia si mati ialah tempat yang amat gelap dan bahaya. Arthur tidak sangka hasratnya bertemu kembali ayahnya mampu menghancurkan masa depan Camelot.

Mampukah Merlin menghalang malapetaka yang akan menimpa Camelot kerana maut sudah semakin hampir? Apakah takdir yang tertulis buat Camelot? Mampukah Merlin mengatasi kuasa gelap yang semakin meluas di Camelot?