OMG (ASTRO)

OMG (ASTRO DIVA Universal)
SALURAN: 702 ASTRO DIVA Universal
MULAI: 5 November 2012,
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 7.30 malam.



SINOPSIS OMG (ASTRO)
OMG merupakan program yang dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program OMG yang disajikan khas untuk penonton Malaysia

OMG bakal menampilkan gandingan hebat dua selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim, juga dikenali sebagai Raz selaku hos program. Program ini mengupas topik yang menarik serta terkini melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul “Oh My Gambar Lama” di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG.

Ditaja oleh F&N Magnolia Sherbet, segmen OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Kita akan melihat keberanian dan kawalan emosi para peserta ini dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan.

Program OMG turut sama mengemudikan segmen Oh My Gaji yang akan mengimbau pekerjaan bukan konvensional individu terpilih. Hos program iaitu Sazzy dan Raz haruslah meneka jenis-jenis pekerjaan dengan hanya bertanyakan dua soalan berdasarkan video yang akan ditayangkan nanti. Dari juruterbang wanita hinggalah jururawat lelaki, penari api ke jurusolek artis, atau pengajar bungee jump hinggalah ke drifter wanita, pekerjaan misteri itu hanya akan dijawab sejurus selepas video tersebut ditayangkan dan hos OMG haruslah meneka dengan tepat untuk mengelakkan diri dari dikenakan hukuman di akhir program nanti.