PARANORMAL ACTIVITY 4



PARANORMAL ACTIVITY 4
MULA TAYANGAN: 25 Oct 2012
PENGARAH: Henry Joost, Ariel Schulman
PELAKON: Katie Featherston, Kathryn Newton and Matt Shively | See full cast and crew



SINOPSIS PARANORMAL ACTIVITY 4
Paranormal Activity 4 Mengisahkan sambungan semula pengakhiran cerita “Paranormal Activity 2” pada awal filem, Katie (Katie Featherston) membunuh kakaknya setelah dirasuk hantu, sebelum melarikan diri bersama anak saudaranya, Hunter, pada lewat malam.

Lima tahun kemudiannya, penonton diperkenalkan kepada watak baru, Alex Nelson (Kathryn Newton) dan teman lelaki, Ben (Matt Shively), yang kedua-duanya remaja berumur 15 tahun dan ternyata ketagih akan kamera web.

Syak wasangka terhadap budak lelaki pelik yang tinggal berdekatan dengan rumah Alex memberikan sebab kepada pasangan tersebut untuk memasang kamera video di seluruh rumah Alex. Tidak lupa juga kepada tabiat mereka yang perlu membawa kamera tambahan ke mana sahaja mereka pergi.Sesetengah pihak melihat tabiat tersebut sebagai naluri seorang penyiasat.