WRECK-IT RALPH


 
WRECK-IT RALPH
ARAHAN: Rich Moore
PELAKON: John C. Reilly, Jack McBrayer, Jane Lynch
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 29 November 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Harian metro)



SINOPSIS WRECK-IT RALPH
Filem ini mengisahkan Ralph (suara oleh John C Reilly) yang dijadikan jahat dalam permainan arked Fix-it Felix, kini mahu menjadi hero.

Ralph bosan hanya menjadi jahat dan dia mula terjun ke permainan video arked lain untuk belajar menjadi watak hero dan baik pula. Malah Ralph berkawan dengan karakter Vanellope van Schweetz (suara Sarah Silverman) daripada permainan video Sugar Rush.

Hanya selepas dia tidak sengaja membawa masuk virus ke dalam permainan video itu, barulah Ralph jadi penyelamat dan dipanggil hero.