CRUSOE (TV2)

 

CRUSOE (TV2)
MULAI: 18 November
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.00 malam,
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Philip Winchester (Robinson Crusoe), Tongayi Chirisa (Friday), Joaquim De Almeida (Santana), Mia Maestro (Olivia), Sam Neill (Jeremiah Blackthorn) dan Anna Walton (Susannah).


SINOPSIS CRUSOE (TV2)
Crusoe diadaptasi daripada novel abadi oleh Daniel Defoe tentang perjalanan luar biasa Robinson Crusoe memaparkan kisah apabila seorang lelaki berkorban dan meninggalkan kehidupan selesanya untuk pergi mengembara. Pelayarannya begitu mengujakan namun malang tidak terduga apabila tiba satu ketika angin bertiup kuat hingga membuatkan kapal dinaikinya karam di pulau tropika selama 28 tahun.

Sepanjang tempoh itu, dia cuba untuk memerangi perubahan cuaca yang teruk dan berbahaya seorang diri di pulau. Namun hasratnya untuk pulang kepada kehidupan bersama keluarga dan insan tersayang masih utuh dan menebal meskipun tahu hanya takdir yang dapat menentukan sama ada dia masih berpeluang untuk kembali atau sebaliknya.