I AM LEGEND (TV3)


I AM LEGEND (TV3)
HARI: Jumaat,
TARIKH: 28 Disember,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Will Smith, Alice Braga, Charlie Tahan, Salli Richardson-Whitfield, Willow Smith dan Darrell Foster.






SINOPSIS I AM LEGEND (TV3)
Sebijak-bijak penyelidik perubatan tentera, Robert Neville tidak dapat menghalang virus buatan manusia daripada ganas merebak dan menghapuskan spesies manusia. Akhirnya, Robert yang entah bagaimana kebal daripada dijangkiti virus berkenaan menjadi manusia terakhir di New York!

Lantas, dalam tempoh tiga tahun, Robert dengan penuh kesabaran menghantar mesej melalui radio dan dalam terdesak mencari adakah manusia lain selain dirinya yang terselamat. Namun dia sebenarnya tidak keseorangan kerana mengekorinya adalah bayangan mangsa virus tersebut yang sudah bertukar menjadi pontianak ganas dan zombi.

Dari jauh mereka menjejaki untuk mencari mangsa yang terakhir. Demi menyelamatkan manusia di muka bumi, Robert berusaha melepasi jerat musuh tersebut dan menggunakan darahnya sebagai penawar untuk menghidupkan semula manusia.