KEEPING MUM (NTV7)


KEEPING MUM (NTV7)
HARI: Ahad,
TARIKH: 30 Disember
MASA: 3.30 petang – 5.30 petang




SINOPSIS KEEPING MUM (NTV7)
Bagi mereka yang memerlukan filem yang mampu membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak, keeping Mum ada segalanya yang diharapkan apatah lagi apabila dibintangi bintang terkenal dan lucu seperti Rowan Atkinson.

Filem komedi ini berkisar tentang keluarga vikar yang tidak habis-habis dihujani dengan masalah. Atkinson yang membawakan watak Reverend Walter Goodfellow merupakan seorang yang terkenal tetapi tidak berguna buat keluarganya sendiri serta dianggap bermasalah oleh masyarakat sekitarnya.

Apatah lagi isterinya kini mempunyai hubungan sulit dengan seorang instruktur golf dan memiliki anak perempuan yang memiliki ramai teman lelaki. Bukan itu sahaja, anak lelakinya yang pengecut sering terlibat dengan bermacam-macam masalah sehinggalah seorang penjaga rumah bernama Grace (Maggie Smith) merubah kehidupan mereka dengan kemahirannya yang paling hebat – ‘menjaga rahsia’.