MAMAK CUPCAKE

 

MAMAK CUPCAKE
PELAKON: Shaheizy Sam, Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin dan ramai lagi!
TARIKH TAYANGAN: Akan datang


 

SINOPSIS MAMAK CUPCAKE
Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehin
ggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.