NATRAH (TV1)

NATRAH
SLOT: Cindai TV1
MULAI: 6 Disember
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 2.00 petang



SINOPSIS NATRAH (TV1)
mengangkat rentetan sebuah kisah sejarah berlatarkan era 50-an Mengetengahkan watak Natrah gadis cantik yang menjadi perebutan antara ibu kandung dengan emak angkat berbangsa Melayu yang mencetuskan isu global hingga mengakibatkan pertumpahan darah

Sikap peramah keluarga Adrianus termasuklah dua anaknya, Maria dan Rebecca membuatkan kehadiran mereka disenangi ramai. Malah jiran mereka, Pak Amin juga isterinya Aminah tidak pernah melarang anak mereka, Puteh bersahabat dengan anak-anak Adrianus.

Kegembiraan keluarga Adrianus tinggal di situ tidak lama apabila Adrianus terpaksa ke Israel bagi menguruskan masalah syarikatnya yang agak serius. Meskipun hatinya berbelah bahagi namun akhrinya mereka terpaksa memutuskan untuk meninggalkan sementara Maria di bawah jagaan keluarga Pak Amin, satu-satunya keluarga yang amat mereka percayai.

Masa berlalu Maria membesar di bawah jagaan keluarga Pak Amin dengan penuh kasih sayang. Malah Maria mula menunjukkan minat mendalami Islam. Namun Pak Amin tidak semudah itu untuk mengubah agama anak angkatnya itu. Dia masih berpegang amanah yang dipertanggungjawabkan Adrianus. Pada masa sama dia cuba menjejak keluarga sebenar Maria dan diberitahu mereka tidak mungkin akan kembali lagi ke Malaysia.

Dari situ Pak Amin terbuka hati untuk mengIslamkan Maria dan perkara itu dipersetujui oleh Aminah. Maria diberina nama baru Natrah.

Sejak memeluk Islam, Natrah semakin cenderung mempelajari Islam. Dirinya selalu mendapat bimbingan dan nasihat daripada Ustazah Suraya serta Pak Amin sekeluarga. Diburu rasa bimbang keluarga Maria akan pulang semula mendapatkan hak penjagaan Natrah, mereka kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, setelah Adrianus dan Adelaine dibebaskan, maka bermulalah titik pencarian anak mereka. Mereka melakukan apa sahaja cara yang dirasakan dapat menjejak kembali Maria. Takdir menentukan mereka berjaya mengesan Maria menerusi teman baik Adelaine iaitu Mrs. Samantha yang juga guru Natrah di sekolah.

Pertemuan dua keluarga untuk menentukan siapakah yang lebih layak menjaga Natrah menemui jalan buntu hingga memaksa masing-masing melantik peguam yang handal untuk perbicaraan di mahkamah. Tapi keputusan tidak berpihak kepada Aminah kerana mereka gagal menunjukan bukti mengambil Natrah sebagai anak angkat dengan cara yang sah. Tetapi segalanya tidak lama kerana Aminah berjaya membawa pulang Natrah kerana memiliki surat beranak yang sah.

Kemuncaknya bila tersebar luas cerita pernikahan Natrah menerusi akhbar-akhbar Inggeris sama ada di Kuala Lumpur juga Sepanyol yang mengutuk pernikahan di bawah umur antara Natrah dengan Mansor. Adrianus mengeluarkan saman terhadap Aminah dan Pak Amin atas tindakan mereka itu. Lalu bagaimanakah kesudahan konflik yang berlaku?