SIAPA TIPU SIAPA (TV1)

SIAPA TIPU SIAPA (TV3)
PELAKON: Syed Aiman, Amy Mastura, Aziz M. Osman, Amyza Adnan, Norman Hakim dan Watie Sadali
TARIKH: : 9 Disember,
MASA: 9.00 malam




SINOPSIS SIAPA TIPU SIAPA (TV1)
kisah Badrul yang suka memikat wanita walaupun sudah beriteri. Isterinya Alia sering mendengar kawan-kawannya bercerita tentang Badrul. Namun Badrul selalu menafikan dan mendakwa itu semua adalah fitnah dan Alia walaupun sangsi terpaksa menerima penjelasan Badrul.

Satu hari cincin milik Alia yang bernilai RM5 ribu hilang dan sebenarnya ia dicuri oleh Badrul yang ingin menghadiahkannya kepada Shah, kekasih barunya. Shah sebenarnya isteri kepada Iman yang kesunyian kerana suaminya kurang memberikan perhatian terhadapnya dan status isteri orang itu dirahsiakan daripada pengetahuan Badrul.


Risau Iman bakal bertanyakan siapakah yang menghadiahkannya cincin tersebut, Shah berpakat dengan teman baiknya Emy untuk menggadaikan cincin itu dan minta ditebus oleh Iman dengan alasan mahu membantu Emy yang dalam kesusahan. Iman bersetuju menebus cincin itu tetapi dia merancang pula menghadiahkannya kepada Sara, kekasih gelapnya. Dia lalu membeli cincin yang murah untuk diberikan kepada Shah. Takut rahsianya terbongkar, Shah hanya mendiamkannya sahaja.

Sara amat gembira dengan hadiah cincin diberikan Iman. Maklumlah, sepanjang perkahwinan dengan Razis, suaminya itu tidak pernah menghadiahkan cincin yang mahal sebegitu. Risau suaminya bertanya dari mana cincin itu diperolehi, Sara menyimpan cincin itu di depan pagar rumahnya.

Satu hari Razis terpijak cincin itu dan meskipun terkejut dia merahsiakannya daripada Sara. Sara kecewa kerana cincin kesayangannya hilang. Razis pula mahu menghadiahkan cincin itu kepada wanita yang diminatinya, Alia.

Dalam satu majlis reunion, mereka secara kebetulan telah bertemu. Masing-masing antara Alia, Shah dan Sara mula menimbulkan kekecohan berebutkan cincin yang satu itu. Lalu siapakah yang layak sebenarnya memiliki cincin itu?