TAKEN (TV9)



TAKEN (TV9)
TARIKH: 20 Disember 2012
HARI: Khamis
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Liam Neeson, Maggie Grace, Famkee Janssen, Leland Orser dan Holly Valance.




SINOPSIS TAKEN (TV9)
Kesibukan sebagai agen CIA, membuatkan Bryan Mills jauh daripada anaknya, Kim. Setelah bersara daripada kerjayanya, Bryan cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Kim lalu berpindah ke kota. Suatu hari, Kim meminta kebenaran Bryan untuk pergi bercuti ke Paris bersama Amanda.

Perkara yang tidak terduga terjadi apabila Bryan mendapat panggilan telefon daripada Kim yang memberitahu ada sekumpulan orang jahat telah masuk ke apartment mereka dan menculik Amanda. Bryan cuba untuk menenangkan Kim dan memberikan arahan untuk Kim bersembunyi.

Dengan hanya sedikit klu yang diberikan Kim kepada bapanya membuatkan Bryan nekad untuk memburu penjahat-penjahat itu.