FILEM SUNTI @ FACEBOOK.COM

SUNTI @ FACEBOOK.COM
PENERBIT: Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK).
PENGARAH: James Lee.
TAYANGAN: Petengahan 2013
PELAKON: Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya)



SINOPSIS SUNTI @ FACEBOOK.COM
Secara ringkasnya, Sunti @ Facebook.com mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi. Dia suka bertukar-tukar pasangan 'online' yang turut dibantu tiga lagi rakannya - Py, Adan dan Gel.


Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman fb. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial fb. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan fb mereka? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, nantikan tayangannya pada pertengahan 2013.